Kisah 1
Waktu menunjukkan senja semakin menghampiri..sedangkan aku masih berfoya-foya duduk dihadapan komputer belajar mengedit blog aku..maklumla aku masih terkial² dalam bidang nie..bak kata sahabat lama aku NorNasrik(bukan nama sebenar),"orang dah lama berblogging,siap dah nak berhenti dari dunia blog nie,ekau masih lagi nak merangkak²"..ceit,ko punyer perli tak ingat..arghhhhhh...aku peduli apa,tak salah aku mencuba...anggap jer la ini dunia aku yg baru..nak gak tukar selera..tiap² ari makan kari ayam mana boleh tahan,nak juga makan sup kambing!!mcm itu la life aku sebelum menulis dalam blog nie,ari² hang out ngan kwn²,main game,tgk Blu Ray,bla...bla...bla...nak dekat ngan PC jauh sekali..opsss,apa la aku merepek nie..ok la,dipendekkan cerita,tgh asyik mengedit blog & mencari material baru bg blog aku nie,1 malapetaka telah menyinggah di komputer aku nie..THE PAGE CANNOT BE DISPLAY..wording ini la tertera di browser IE aku..apakah malapetaka ini??takder warning takder apa,suruh aku check connection..then bila aku check connection elok ajer..then i asked my "Sifu",Siti NorPaiza(bukan nama sebenar),sifu,Lei gong mey ah?cakap cina la pulak..sifu plak buat² faham.ang restart pc tu,laptop eden pun selalu kena mcm tu jugak..aik?sifu nie org nogori ka?atas nasihat sifu,aku pun restart pc aku..teeet...teet...teet...teet...dam....dam....dum....MLTDR IS MISSING.windows cannot load this operation..arghhhhhhhh...situasi mcm ni la melemahkan aku..KENA FORMAT PC!!!!ini adalah ketentuan bagi aku,jadi aku menghadapinya dengan penuh kesabaran,keinsafan & senyuman..terima kasih kepada sifu yg banyak membantu..pada hakikatnya sifu aku adalah seorang medic student di salah sebuah Universiti di negara seberang,tapi beliau juga merupakan doctor computer yg aku rasa certificate dia tak ditrampilkan universiti tempatan..terima kasih sifu..ekau lah yg banyak membantu eden ni tanpa rasa jemu,segan silu,berkualiti,bermutu pada hakikatnya hati sifu eden tak tau ada terselit perasaan sumpah seranah & menyampah..ampun sifu,ni andaian eden ajer....ahaks

"inilah akibat kemudahan yg dah disediakan,tapi tak pandai nak dimanfaatkan"
Kisah 2
Aku dilahirkan di China.bapak aku org putih(USA) & mak aku org Cina.kulit aku berwarna hitam,mempunyai mata,telinga,badan yg diperbuat daripada metal.aku digemari pemain gitar dikalangan remaja & dewasa ketika ini.apabila aku meninggalkan kampung,aku telah merantau bersama kawan² ku yg lain dengan menaiki kapal tanpa arah tujuan..aku terasa diri di dalam penjara kerana perjalanan mengambil masa berbulan² lamanya..pelbagai destinasi telah aku singgahi kerana perjalanan aku terhenti dibeberapa negara Asia seperti Thailand,Indonesia,Malaysia dan Singapore..nasib aku agak baik kerana ditempatkan di negara Malaysia,sebuah negara maju yang sedang mengecapi wawasan 2020..setibanya aku di Malaysia,aku telah diperiksa oleh pegawai kastam yang bertauliah untuk meluluskan kemasukan aku supaya tiada bahan terlarang yg terdapat bersama aku..aku bersyukur kerana tiada masalah yg patut aku tempuhi.aku di ambil seorang lelaki bertubuh kurus,janggut tak boleh blah,berkacamata hitam..dia mengambil aku bersama 300 rakanku yg lain..aku ditempatkan di sebuah negeri bernama Johor Bahru,negeri terletak di selatan semenanjung negara Malaysia..aku dipamerkan di kedai muzik Loh Lau Pan Muzik Center..tak smpai seminggu aku dipamerkan,aku melihat seorang jejaka tampan,bertubuh sasa,masuk ke dalam kedai sambil dilayan mesra supervisor aku..aku diambil dan ditesting.aku melihat riak wajah jejaka itu sungguh gembira sekali & aku melihat jejaka itu menghulurkan note RM50,30 keping & note RM100,3 keping..aku di bawa pulang dengan hati yg senang..Tuan baru aku seorang yg caring..aku sentiasa dijaga dgn rapi,dibelai dengan penuh kasih sayang,dirawat sebelum melarat..bla...bla...bla...aku di bawa ke dalam studio,di pertunjukan gig dll..tuan aku amat gembira dengan perkhidmatan aku sehingga sahabat baiknya ingin meminjam aku tuan aku memberi pelbagai alasan..selama 3 tahun aku berkhidmat tanpa mendatangkan pelbagai masalah..hari berganti hari,minggu bertukar minggu,bulan bertukar bulan,tahun bertukar tahun,aku terdengar bahawa teman wanita tuan aku tidak senang dengan kemesraan kami..teman wanitanya melarang ia mendampingi aku lagi..tuan aku akur dengan permintaan teman wanitanya lantas aku diletakkan balik di dalam almarinya yg tersergam indah..kini aku berasa sunyi..hati aku bersa hiba sekali mendapat tahu aku akan dijual dan wajah aku akan dipamerkan di dalam internet..bukan glamour yg aku cari,tapi kasih syg yg tak berbelah bagi yg aku cari...kini,aku berasa tersisih sekali..perasaa sedih telah menyelubungi lubuk hatiku..semoga dikurniakan tuan baru yang amat mencintai & mengasihi aku..AKU YANG DIMAKSUDKAN DI ATAS ADALAH.........................................................

BOSS GT-8 MULTIEFFECT PROCESSOR for sale!!serious buyer only..
Kepada kanak² yang sedang balajar di sekolah rendah,ambillah karangan ini sebagai contoh latihan anda dalam penulisan Bahasa Malaysia.ayik² tajuk "Aku sebatang pen"la,"Aku sebuah jam"la,"Aku sepasang kasut"la..cuba korang tukar pulak "Aku sebuah GT-8".gerenti dapat 100/100 dari cikgu korang..hahahaha
sejak bila pulak berblog nih...
ReplyDelete