Lihat sahajalah kepada makhluk Allah yang sangat istimewa iaitu manusia. Kebanyakkan makhluk Allah di atas muka bumi ini dan di angkasa, boleh dikuasai oleh manusia tetapi tidak sebaliknya. Sungguh hebat kekuasaan manusia yang telah dijadikan oleh Allah. Hampi kebanyakkan makhluk Allah boleh digunakan oleh manusia untuk manfaat dan kebaikan dirinya.
Maha Suci Allah yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Apakah bayaran yang telah dikenakan oleh Allah kepada kita bagi membolehkan kita menikmati nikmat-nikmat yang ada ini. Jawapannya tentulah tiada kerana Allah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu pun dari makhluknya. Allah menjadikan makhluk bukan untuk faedah dirinya sebagaimana makhluk sama sekali tidak akan mampu memberikan kemudaratan kepada Allah.
Namun begitu, sebagai makhluk, adalah tidak wajar bagi kita untuk menderhakai perintah Allah apatah lagi mengingkari ketuhanan dan kewujudannya.
Keingkaran manusia terhadap ketuhanan dan kewujudan Allah hanyalah berasaskan kepada kesombongan manusia yang enggan mengakui hakikat dirinya yang telah dijadikan. Manusia tidak pernah mampu untuk menjadikan dirinya sendiri. Kenapakah dia perlu sombong untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah? Apakah jaminan keselamatan yang telah diperolehinya jika dia kufur kepada Allah?
Bila terpejam lenaJasadku tidak berdayaMencari engkau di manaHanya dalam mimpi indahBila aku terjagaJasadku terus berdiriMencarimu tiada lagiBerkubur di alam mimpiApakah aku yang terlupaAntara lena dan terjagaDi waktu malam pemisahYang nyata menjadi mimpiDi sini engkau menantiBersama harum kasturiBagai mekarnya bunga cintaDi alam nyata penuh rahsiaPabila titisan embun pagiMimpi indahEntah ke mana menghilangEntah kenyataanEngkau biarkan aku terbuangDi alam fana cintaKau pula berdustaKu terpenjara aku terpenjaraDi dalam lena di dalam jaga.
Antara lagu favourite aku,menceritakan diri seseorang dengan Tuhan..nyanyian Shamrin Fotograf..
No comments:
Post a Comment