Aug 14, 2009

Sehari bersama Mr Iqbal

memang borink!!capai kunci start keta gerak KL teros!!haippppp!!!mcm biasa la lepak umah atong,memang atong ngan aku tak pernah berkira even aku datang buat muka sposen..al kisah bermula ketika kami ronda rana Kuala Lumpur,perut aku hampir pecah ketawa tgk toyota Innova depan aku pasang pelekat "P" terbalik..hahahaha



tak cukup dengan tu,sebijik HUMMER hitam potong kereta kami bukan main,tapi lampu brake boleh blow plak sebelah..mintak maaf tak dapat tunjuk picture..keadaan teramat sulit time tu..bak kata atong "pakai Hummer 500ribu,bulb pon tak boleh tukar"!!memang lawak giler...


terima kasih kepada mr Iqbal kerana sudi meluangkan masa utk aku..gua kangen bangat sama kamu... terimalah lagu ini dari guwer.
  • Sayangku ku mohon..Tetap disini..Temani jasadku..Yang belum mati..Rohku melayang, tak kembali..Bila kau pun pergi..Meninggalkan yang terbaik..Bagi kita semua..Ku coba kembangkan sayap patahku..Tuk terbang tinggi lagi diangkasa..Melayang melukis langit..Merangkai awan awan mendung ..



Aug 11, 2009

Hari dilalui penuh kepiluan

dah sebulan sakit lutut aku tak baik...ni semua gara² knee "twisted"..pergerakan aku terganggu..dah la aku nie kategori "obes"..hahaha...kawan² dekat gym menasihatkan aku supaya berehat 5 bulan..WTF!!!!lama giler...dah la skrg nie aku dalam pemprosesan buang lemak yg berlebihan..Ya Allah Yang Lagi Maha Penyayang,ampunilah dosa kedua ibubapaku,dosa adik beradikku,dosa diri ku,serta kaum muslimin & muslimat di ats muka bumi Mu ini Ya Allah...berilah aku kesihatan yg sempurna agar aku dapat menjalani ibadat Mu dengan lancar..Amin

Aug 7, 2009

Mantera Metal Album(1998)

kepada para gitaris,aku telah mengupload album "mantera metal"..album ni dikeluarkan pada tahun 1998 menghimpunkan gitaris handalan ketika itu..selamat menyedut

http://rapidshare.com/files/264421029/jackdinblogspot.Mentera_Metal__1998_.part1.rar.html
http://rapidshare.com/files/264560300/jackdinblogspot.Mentera_Metal__1998_.part2.rar.html

Aug 6, 2009

Al Poure Sandra

"bumblebee ngan instrumentnyer"

memang aku jadi bingung,pasal memikirkan dia..tadi lepak tepi laut sambil cari idea projek terbaru..yeah..."bisikan bayu senja berkisahkan derita perasaan..namun hati mengharapkan semua ini hanya mimpi..di sini diriku dalam penantian,jelaskan padaku mana kesilapan.."..sounds scary???yuckss..jiwang ker aku ni ??hahahaha

Jul 31, 2009

31 July 2009

FAREWELL
Aimless soul where were you now..For the angels come by the dawn..
I walked the earth don`t tell me how..For a new hope soon to be born..
There`s a life and time i know..I said farewell to myself..Before i go..
Farewell to my loneliness..Farewell to my happiness..Farewell to our trouble..
Here we have to let it go..And leave it all behind..Our sufferings will end..
Nothing can stop me now..What may come and go..
Hope we stay together..We can say..Our mind were lost..
Somewhere..Searching for the answer of the pray..When will we see ourselves again..
Maybe in another world i find you..
I`ll take my hand..
Each time i see you cry..
I said....
Farewell to my misery..
Farewell to your history..
Farewell to our trouble..

Jul 30, 2009

Kisah Dan Tauladan

Kisah 1
Waktu menunjukkan senja semakin menghampiri..sedangkan aku masih berfoya-foya duduk dihadapan komputer belajar mengedit blog aku..maklumla aku masih terkial² dalam bidang nie..bak kata sahabat lama aku NorNasrik(bukan nama sebenar),"orang dah lama berblogging,siap dah nak berhenti dari dunia blog nie,ekau masih lagi nak merangkak²"..ceit,ko punyer perli tak ingat..arghhhhhh...aku peduli apa,tak salah aku mencuba...anggap jer la ini dunia aku yg baru..nak gak tukar selera..tiap² ari makan kari ayam mana boleh tahan,nak juga makan sup kambing!!mcm itu la life aku sebelum menulis dalam blog nie,ari² hang out ngan kwn²,main game,tgk Blu Ray,bla...bla...bla...nak dekat ngan PC jauh sekali..opsss,apa la aku merepek nie..ok la,dipendekkan cerita,tgh asyik mengedit blog & mencari material baru bg blog aku nie,1 malapetaka telah menyinggah di komputer aku nie..THE PAGE CANNOT BE DISPLAY..wording ini la tertera di browser IE aku..apakah malapetaka ini??takder warning takder apa,suruh aku check connection..then bila aku check connection elok ajer..then i asked my "Sifu",Siti NorPaiza(bukan nama sebenar),sifu,Lei gong mey ah?cakap cina la pulak..sifu plak buat² faham.ang restart pc tu,laptop eden pun selalu kena mcm tu jugak..aik?sifu nie org nogori ka?atas nasihat sifu,aku pun restart pc aku..teeet...teet...teet...teet...dam....dam....dum....MLTDR IS MISSING.windows cannot load this operation..arghhhhhhhh...situasi mcm ni la melemahkan aku..KENA FORMAT PC!!!!ini adalah ketentuan bagi aku,jadi aku menghadapinya dengan penuh kesabaran,keinsafan & senyuman..terima kasih kepada sifu yg banyak membantu..pada hakikatnya sifu aku adalah seorang medic student di salah sebuah Universiti di negara seberang,tapi beliau juga merupakan doctor computer yg aku rasa certificate dia tak ditrampilkan universiti tempatan..terima kasih sifu..ekau lah yg banyak membantu eden ni tanpa rasa jemu,segan silu,berkualiti,bermutu pada hakikatnya hati sifu eden tak tau ada terselit perasaan sumpah seranah & menyampah..ampun sifu,ni andaian eden ajer....ahaks

"inilah akibat kemudahan yg dah disediakan,tapi tak pandai nak dimanfaatkan"


Kisah 2
Aku dilahirkan di China.bapak aku org putih(USA) & mak aku org Cina.kulit aku berwarna hitam,mempunyai mata,telinga,badan yg diperbuat daripada metal.aku digemari pemain gitar dikalangan remaja & dewasa ketika ini.apabila aku meninggalkan kampung,aku telah merantau bersama kawan² ku yg lain dengan menaiki kapal tanpa arah tujuan..aku terasa diri di dalam penjara kerana perjalanan mengambil masa berbulan² lamanya..pelbagai destinasi telah aku singgahi kerana perjalanan aku terhenti dibeberapa negara Asia seperti Thailand,Indonesia,Malaysia dan Singapore..nasib aku agak baik kerana ditempatkan di negara Malaysia,sebuah negara maju yang sedang mengecapi wawasan 2020..setibanya aku di Malaysia,aku telah diperiksa oleh pegawai kastam yang bertauliah untuk meluluskan kemasukan aku supaya tiada bahan terlarang yg terdapat bersama aku..aku bersyukur kerana tiada masalah yg patut aku tempuhi.aku di ambil seorang lelaki bertubuh kurus,janggut tak boleh blah,berkacamata hitam..dia mengambil aku bersama 300 rakanku yg lain..aku ditempatkan di sebuah negeri bernama Johor Bahru,negeri terletak di selatan semenanjung negara Malaysia..aku dipamerkan di kedai muzik Loh Lau Pan Muzik Center..tak smpai seminggu aku dipamerkan,aku melihat seorang jejaka tampan,bertubuh sasa,masuk ke dalam kedai sambil dilayan mesra supervisor aku..aku diambil dan ditesting.aku melihat riak wajah jejaka itu sungguh gembira sekali & aku melihat jejaka itu menghulurkan note RM50,30 keping & note RM100,3 keping..aku di bawa pulang dengan hati yg senang..Tuan baru aku seorang yg caring..aku sentiasa dijaga dgn rapi,dibelai dengan penuh kasih sayang,dirawat sebelum melarat..bla...bla...bla...aku di bawa ke dalam studio,di pertunjukan gig dll..tuan aku amat gembira dengan perkhidmatan aku sehingga sahabat baiknya ingin meminjam aku tuan aku memberi pelbagai alasan..selama 3 tahun aku berkhidmat tanpa mendatangkan pelbagai masalah..hari berganti hari,minggu bertukar minggu,bulan bertukar bulan,tahun bertukar tahun,aku terdengar bahawa teman wanita tuan aku tidak senang dengan kemesraan kami..teman wanitanya melarang ia mendampingi aku lagi..tuan aku akur dengan permintaan teman wanitanya lantas aku diletakkan balik di dalam almarinya yg tersergam indah..kini aku berasa sunyi..hati aku bersa hiba sekali mendapat tahu aku akan dijual dan wajah aku akan dipamerkan di dalam internet..bukan glamour yg aku cari,tapi kasih syg yg tak berbelah bagi yg aku cari...kini,aku berasa tersisih sekali..perasaa sedih telah menyelubungi lubuk hatiku..semoga dikurniakan tuan baru yang amat mencintai & mengasihi aku..AKU YANG DIMAKSUDKAN DI ATAS ADALAH.........................................................

Publish Post
BOSS GT-8 MULTIEFFECT PROCESSOR for sale!!serious buyer only..

Kepada kanak² yang sedang balajar di sekolah rendah,ambillah karangan ini sebagai contoh latihan anda dalam penulisan Bahasa Malaysia.ayik² tajuk "Aku sebatang pen"la,"Aku sebuah jam"la,"Aku sepasang kasut"la..cuba korang tukar pulak "Aku sebuah GT-8".gerenti dapat 100/100 dari cikgu korang..hahahaha

Diri ini dengan Allah swt

Alam ini adalah sangat luas… Keluasannya melampaui gambaran yang boleh dibayangkan oleh fikiran manusia… Jika dilihat sahaja apa yang wujud di atas muka bumi ini sahaja, kita akan dapati terdapat pelbagai jenis makhluk yang telah Allah ciptakan… Setiap satunya mempunyai sistem kehidupan yang begitu unik dan tersendiri… Namun begitu, ia tidak terpisah sama sekali dengan makhluk-makhluk yang lain.
Lihat sahajalah kepada makhluk Allah yang sangat istimewa iaitu manusia. Kebanyakkan makhluk Allah di atas muka bumi ini dan di angkasa, boleh dikuasai oleh manusia tetapi tidak sebaliknya. Sungguh hebat kekuasaan manusia yang telah dijadikan oleh Allah. Hampi kebanyakkan makhluk Allah boleh digunakan oleh manusia untuk manfaat dan kebaikan dirinya.
Maha Suci Allah yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Apakah bayaran yang telah dikenakan oleh Allah kepada kita bagi membolehkan kita menikmati nikmat-nikmat yang ada ini. Jawapannya tentulah tiada kerana Allah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu pun dari makhluknya. Allah menjadikan makhluk bukan untuk faedah dirinya sebagaimana makhluk sama sekali tidak akan mampu memberikan kemudaratan kepada Allah.
Namun begitu, sebagai makhluk, adalah tidak wajar bagi kita untuk menderhakai perintah Allah apatah lagi mengingkari ketuhanan dan kewujudannya.
Keingkaran manusia terhadap ketuhanan dan kewujudan Allah hanyalah berasaskan kepada kesombongan manusia yang enggan mengakui hakikat dirinya yang telah dijadikan. Manusia tidak pernah mampu untuk menjadikan dirinya sendiri. Kenapakah dia perlu sombong untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah? Apakah jaminan keselamatan yang telah diperolehinya jika dia kufur kepada Allah?

Bila terpejam lenaJasadku tidak berdayaMencari engkau di manaHanya dalam mimpi indahBila aku terjagaJasadku terus berdiriMencarimu tiada lagiBerkubur di alam mimpiApakah aku yang terlupaAntara lena dan terjagaDi waktu malam pemisahYang nyata menjadi mimpiDi sini engkau menantiBersama harum kasturiBagai mekarnya bunga cintaDi alam nyata penuh rahsiaPabila titisan embun pagiMimpi indahEntah ke mana menghilangEntah kenyataanEngkau biarkan aku terbuangDi alam fana cintaKau pula berdustaKu terpenjara aku terpenjaraDi dalam lena di dalam jaga.
Antara lagu favourite aku,menceritakan diri seseorang dengan Tuhan..nyanyian Shamrin Fotograf..

Jul 29, 2009

I love this Doctor, Real valuable tips.... See below, it will change your lifestyle


Q: Doctor, I've heard that cardiovascular exercise can prolong life. Is this true?
A: Your heart is only good for so many beats, and that's it... don't waste them on exercise. Everything wears out eventually. Speeding up your heart will not make you live longer; that's like saying you can extend the life of your car by driving it faster. Want to live longer? Take a nap.
Q: Should I cut down on meat and eat more fruits and vegetables?
A: You must grasp logistical efficiencies. What does a cow eat? Hay and corn. And what are these? Vegetables. So a steak is nothing more than an efficient mechanism of delivering vegetables to your system. Need grain? Eat chicken. Beef is also a good source of field grass (green leafy vegetable).
Q: Should I reduce my alcohol intake?
A: No, not at all. Wine is made from fruit. Brandy is distilled wine, that means they take the water out of the fruity bit so you get even more of the goodness that way. Beer is also made out of grain. Bottoms up!
Q: How can I calculate my body/fat ratio?
A: Well, if you have a body and you have fat, your ratio is one to one. If you have two bodies, your ratio is two to one, etc.
Q: What are some of the advantages of participating in a regular exercise program?
A: Can't think of a single one, sorry. My philosophy is: No Pain...Good!
Q: Aren't fried foods bad for you?
A: YOU'RE NOT LISTENING!!! ..... Foods are fried these days in vegetable oil. In fact, they're permeated in it. How could getting more vegetables be bad for you?
Q: Will sit-ups help prevent me from getting a little soft around the middle?
A: Definitely not! When you exercise a muscle, it gets bigger. You should only be doing sit-ups if you want a bigger stomach.
Q: Is chocolate bad for me?
A: Are you crazy? HELLO Cocoa beans! Another vegetable!!! It's the best feel-good food around!
Q: Is swimming good for your figure?
A: If swimming is good for your figure, explain whales to me.
Q: Is getting in-shape important for my lifestyle?
A: Hey! 'Round' is a shape!
Well, I hope this has cleared up any misconceptions you may have had about food and diets.
And remember:'Life should NOT be a journey to the grave with the intention of arriving safely in an attractive and well preserved body, but rather to skid in sideways - Chardonnay in one hand - chocolate in the other - body thoroughly used up, totally worn out and screaming 'WOO HOO, What a Ride'
AND.....
For those of you who watch what you eat, here's the final word on nutrition and health. It's a relief to know the truth after all those conflicting nutritional studies.1. The Japanese eat very little fat and suffer fewer heart attacks than Americans.2. The Mexicans eat a lot of fat and suffer fewer heart attacks than Americans.3. The Chinese drink very little red wine and suffer fewer heart attacks than Americans.4. The Italians drink a lot of red wine and suffer fewer heart attacks than Americans.5. The Germans drink a lot of beers and eat lots of sausages and fats and suffer fewer heart attacks than Americans.CONCLUSIONEat and drink what you like. Speaking English is apparently what kills you.
Doctor Chee Sin - Best advise ever!!!

Jul 27, 2009

Rumah ku,Syurga ku

Alhamdulillah berkat kesabaran aku selama ini,aku telah membeli sebuah rumah yg diidam²kan semua org di muka bumi ini sbg tmpt berteduh..ini bukanlah rumah baru yg digembar gemburkan daripada khabar angin yg korang dgr..beli atas orang dengan harga yang sangat munasabah..i never regret to had this..

"keadaan kawasan yang telah ditinggalkan lebih daripada 6 bulan"

"kerja² ini mengambil masa 5 jam utk siap"

"operasi menggantikan genting rumah"




"sebelum kerja bata dijalankan"

"car porch yg akan dibesarkan"



"80% siap..tinggal kerja mengecat pagar,tembok dan memasang lampu"


"kerja² fitting beban elektrik dijalankan setelah kerja² mengecat"



"ini patut diperbaiki dengan lebih baik lagi"




"apsal dalam majalah Anjung Seri surface dia cantik?kawan² ckp cat aku macam org !@#$%"


"ini adalah saat membuatkan aku tersenyum"

"Illy Farhana suka menonton cerita Korea..ini semua kepunyaan dia nanti"

"kereta yang aku nak beli,tapi apa aku harapkan tak menjadi..rumah lagi penting.."

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Borink!!Borink!!Borink!!apa la nak jadi ngan aku nie.kerja pun dah tak bloeh buat..ni semua kecederaan lutut aku punyer pasal..doc plak bg mc smpai 29hb..aku tak kira,nak gi kerja gak..mmg bosan dok umah..Xbox360,psp,komputer,guitar hero,electrical guitar,chatting ngan member²,DVD,WDTV,karaoke semua aku bedal..tp bosan giler..maybe aku ni dah terbiasa dgn kerja lebih masa..so kalo berehat lama² membuatkan badan aku "weak".memang rimas..somebody help me!!!!n somebody watching me!!!!(ditujukan kepada bapak aku yg tak pernah kenal erti kesakita pada aku)..i'm not a transformer or terminator salvation.robot yang tak pernah amik tau waktu rehat..yucksss....nasib baik ada buah hati yg sudi menemani aku..sangat sayang pada kamu....

"Pengubat rindu dikala sepi Afrina Syafiah & Adam Ali Raid"

Jul 23, 2009

KDRM membuka tender kerja membaiki prasarana daerah Johor Bahru

arghhhhhhhh...amat membosankan..asik² masuk tender,tapi tak penahnya dapat kerja² kontrak nie..dah mcm² jabatan aku pergi site visit,tp hampeh..tapi takper,rezeki Allah yg bagi..masing² kontraktor yg datang mempunyai kelebihan...tapi aku tetap bersyukur ayah aku ada perniagaan yg diterajui hampir 35 tahun..bersyukur ada kedai & cash in tiap² ari..semoga Allah memberkati & merahmati perniagaan kami sekeluarga..AMIN

Suasana di dalam bilik mesyuarat pejabat KDRM,Pasir Gudang.

Jul 21, 2009

My Favourite Movie

THE LAST OF THE MOHICAN
perghhhhh...this is the best movie i give two thumbs up!!really like the story & the soundtrack from this film..ok back to the movie,British and French troops do battle in colonial America, with aid from various native American war parties. the British troops enlist the help of local colonial militia men, who are reluctant to leave their homes undefended. A budding romance between a British officer's daughter and an independent man who was reared as a Mohawk complicates things for the British officer, as the adopted Mohawk pursues his own agenda despite the wrath of different people on both sides of the conflict.
MAGUA,aku rasa mcm nak tumbuk jer muka mamat nie..memang watak dia jahat nak mampos..
Uncas,antara "darling" aku kata salah satu hero yg hensem...is that true or false???hehehehehe...

Jul 20, 2009

Kumpulan Search



Aku pasti kumpulan ni memang korang kenali..aku mmg dia hard fan groups nie..mmg suka sesangat..semua lagu Search aku hafal & dah khatam riff² lagu diorang bila main gitar...aku paling minat gitaris dia,kid even kid dah tak join diorang...memang teknik aku banyak ikut "kid"..Lagu paling aku gemari adalah lagu "Teguh" album KARISMA TAHUN 1990..memang suka muzik arrangement dalam lagu nie..kalau time jamming dengan ex band aku mesti main lagu search "Pawana" & "Fenomena"..aku tetap menyokong kumpulan yang telah mencapai usia 25 tahun ni dengan penuh semangat & berdedikasi..ceh wah.

Sejarah

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.
Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan Search dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded.
Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan Search menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV.
Kumpulan Search menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.
Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.
Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.
Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-Search menjadikan Search popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Search juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir.
Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan Search untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir.
Fauzi kemudian menyertai Search sebagai bass dan tidak lama kemudian Amy menarik diri. Search kemudian bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "Search & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "Search, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam).
Search generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama Search dibekukan dan untuk meneruskan legasi Search, sebuah kumpulan baru RAMPAGE ditubuhkan.
Pembekuan Search adalah satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, Search adalah satu contoh terbaik rock band.
Selepas hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang menantikan aksi mereka selepas sekian lama. Namun, barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi digantikan Lola yang pernah bermain untuk XPDC dan LEFTHANDED.
Sejurus selepas penggabungan semula itu, Search berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya selepas 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman.
Pada 2006, akibat krisis dalaman, Din dan Kid disingkirkan. Tempat mereka digantikan kembali Hillary [antara pengasas kumpulan Search]. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit.
Album ini mendapat bantahan ramai peminat fanatik Search kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, Search melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang.
Sempena 25 tahun Search dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulangtahun ke-25 mereka dengan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Selepas 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.
Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan Search terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun, ketika saat akhir persiapan konsert itu, Search bertindak menarik diri. Penarikan diri ini disebabkan pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd gagal memenuhi beberapa specifikasi Search yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat sedangkan Search hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat mereka.
Disebabkan Search tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert biasa lain seperti Jom Heboh, Search sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan Tiga Event (anak syarikat TV3).

Diskografi

Album studio

Cinta Buatan Malaysia (1985)
Langit dan Bumi (1986)
Mentari Merah Diufuk Timur (1987)
Fenomena (1989)
Karisma (1990)
Search Sepuluh Tahun (1991)
Rampage (1992)
Double Trouble gabungan dengan Wings (1992)
Search Terbaik1994
Gema di Timur Jauh (1995)
Search Unplugged (1995)
Search,Rock N Roll Pie (1997)
Search Rock N Roll Pie, Live N Loud (1997)
Double Trouble 2 gabungan dengan Wings (1998)
Search & Awie - Bikin Wilayah (1999)
Search, Selepas Banjir (2000)
Empire Garden (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
Gothik Malam Edan (2006)

Album kompilasi

Berpaling
Di Pintu Sepi (1988)


Search terkini bersama konsert jelajah mereka..memang frust tak dapat tengok masa diorang perform kat JB..


Hari Isnin yang penuh keceriaan



Malas betul nak kerja setelah 3 hari cuti akibat penyakit "metanizerm"(lutut terkehel lol)..tiada apa yang menarik hari nie,cuma seawal pagi kena pergi bank & tengok jadual kerja sikit..aku kena pergi hantar barang ke hospital permai..walaupun kaki terhenjut² aku wat bodoh jer malas nak fikir pasal penyakit..memang sampai kat kat rumah sakit orang gila aku berasa ceria sikit.time turun barang orang gila sapa aku mintak rokok sebatang,aku cakap dengan dia boleh beri tapi kena panjat pokok rambutan dulu amik buahnya..dia pun bodoh² panjat & beri pada aku dalam 6-7 biji..tapi dia tuntut rokok,memandangkan aku ni takder rokok,aku mintak drebar aku yg hulur..kadang² aku terfikir ada jugak orang gila yang boleh berfikir..kira dia tak la sesewel yang kita sangkakan.melakukan sesuatu utk apa yg dihajati.barang² yang aku hantar ke bengkel sana pun tenaga kerja pun dia org gila yg buat..kira 80% pulih...semoga mereka pulih sediakala...amin...

Jul 19, 2009

Happy 24th birthday



14 July,jam 11.30 mata dah ngantok gegiler..kononnyer nak tunggu smpai jam 12 nak wish buah hati,tp apakan daya mata nie dah berat sgt..mmg dah 2 tahun berturut² aku madah TERmiss nak wish dia..bila birthday aku mesti dia wish pada waktu yg tepat..so.mmg terkilan la,dalam hati aku ni berkata mesti si dia merajuk or aku ni jenis yg tak caring..but im not a person type that..badan & otak aku nie nak berehat gak setelah siang bekerja keras..i'm so sorry...

Edin was here!!!

Assalamualaikum wbrt...i don't know how to say,just thank to Allah because of his i'm in his world till now...thanks to my special PI(Personal Instructur) gave me a lesson to create this blog..don't know who she is but i know she's a great person..memang tak kedekut ilmu..thanks dude...